Thursday, September 18, 2008

RELA MENANTI...

SALAM SEJAHTERA...

berlalu sudah 16 september... hingga sekarang aku masih menanti. bukan tak percaya tapi masih ragu-ragu. nak pecaya sangat tu tak lah jugak tp... korang tau sendirilah...

keraguan aku berasas sebab orang yang berjanji tu banyak sangat dah tabur janji. selama enam bulan janji nak jadi perdana menteri pada tarikh ini tapi tak jugak.

dia kata jugak yang 16 septembet adalah tarikh terakhir pak lah jd pm. tp tak jugak menjadi.

kata dah lebih 40 ahli parlimen sabah sarawak dan terengganu nak masuk pr tp tak jadi jugak.

sekarang turun balik jd 31 orang... hei bro si penjanji, mana satu ni?

bila wartawan tanya berapa jumlah tepat ap yang nk lompat parti, si penjanji tu pun macam tak yakin nak jawab dengan tepat.

bila dengar dia ceramah, naik terus darah aku bila tgk muka si penjanji ni yang "bermuka-muka". aku sampai mati tak kan pecaya dengan orang ni.

cara, gaya dan butiran percakapan si penjanji ni seolah-olah dia takde kelemahan langsung. semua perkara dia jd "super hero".

masalah ekonomi, dia kata dia mampu setel mcm petik jari nk dapatkan "teman-teman sepermainan".

masalah minyak, kalau dia tak mampu nak turunkn rega minyak dia akan letak jawatan jd pm. wah, belum jd pm lagi dh kata mcm tu... jd pm dulu, baru cakap lebih mcm tu.. kalau kata nk beli white house dan bawak balik ke putrajaya pun boleh. tp jd pm dulu la...

dia kata malaysia sekarang ada masalah perpaduan, politik semakin keruh.. hey bro si pembelit, sapa yg keruhkan keadaan sebenarnya?

yang kata ada orang nk bunuh you sampai you lari ke kedutaan turki tu sapa?

yang sokong hindraf tu sapa?

yang sokong majlis peguam bincang soal islam tu sapa?

yang ajak orang buat demonstrasi tu sapa?

semua orang dh tau dh modus operandi sui pembelit ni... tp masih jugak yang buta hati...

aku pun dh malas nk tulis panjang-panjang. apepun, aku masih menanti tarikh 16 september yang sudah pun "dikebelakangkan"...

rela menanti...

salam perpaduan!

Tuesday, September 16, 2008

SI PEMBELIT PADA PANDANGAN ORANG SARAWAK

SALAM SEJAHTERA...

Hari ini masuk 16 September. Kami rakyat Sarawak sentiasa menunggu dan tertunggu-tunggu detik ini. Ketika inilah kami bebas daripada cengkaman penjajah dan bebas menentukan haluan diri sendiri dalam memajukan negeri Sarawak yang tercinta.

Namun hari ini ada pihak yang cuba untuk mencemar kedamaian dan kemekmuran negeri kami hanya kerana kemaruk dengan kuasa untuk menjadi perdana menteri. manusia itu bernama anwar ibrahim. kami di sini mempersoalkan kenapa sarawak dan sabah sekarang ini terlalu penting bagi anwar untuk membeli wakil rakyat kami bagi beliau mencapai cita-cita peribadinya itu? semasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri kewangan dahulu, kami di sini sedikitpun tidak diendahkan oleh anwar. sekarang anwar melaung dan tejerit mahukan sesuatu daripada kami iaitu KUASA.

ingatlah, kami rakyat sarawak tidak rela kami dipimpin oleh manusia seperti anwar. kami lebih rela kepuar daripada gagasan malaysia jika anwar menjadi perdana menteri. kami sedar perkara ini amat sukar bagi kami untuk menlaksanakannya kerana kami rakyat sarawak berpegang teguh kepada pimpinan yang ada sekarang.

kami berpandangan, andai kata terjadi peralihan kuasa sehingga benar anwar manjadi perdana menteri, dan seterusnya beliau mencorakkan politik serta ekonomi yang lebih baik, kami bersyukur. tapi jika malaysia tercinta ini menjadi lebih teruk tidak seperti yang dicanangkan oleh anwar; rakyat akan hidup senang dan sejahtera; kami rakyat sarawak akan memaki hamun dan mengeluarkan sumpahan rakyat sarawak yang teramat hina ke atas anwar serta konco-konconya!

kami tidak termakan dengan rayuan anwar. hanya melayu yang lupa diri di semenanjung malaysia yang buta hati dan buta iman dalam menilai perkara ini.

pandangan kami rakyat sarawak mudah sahaja dengan apa yang berlaku sekarang. antaranya ialah anwar cuba berselindung dalam kes liwat dirinya, sehingga menjadikan rakyat sebagai peguam dan hakim bagi dirinya.

selain itu, di manakah dakwaan ugutan bunuh terhadap anwar sehingga lari ke kedutaan turki? sehingga kini tidak lagi menjadi isu penting lagi bagi anwar. kalau orang nak bunuh anwar, masa berceramah dan berada dikhalayak ramai beliau boleh ditembak atau dibunuh dengan cara apa sekalipun. tapi nampaknya tidak ada lagi ancaman bunuh terhadap dirinya.

dulu kami diajar jangan main-main dengan sumpah lebih-lebih lagi seperti yang dilakukan oleh saudara saiful. sumpah itulah yang diajarkan kepada kami. tapi sekarang ramai pulak ulama yang memberi pandangan berbeza. yang paling menyakitkan hati hari pandangan hadi awang sumpah itu adalah amalan orang kristian. ami semakin pening dengan pandangan sebegini. tapi kami rakyat sarawak berfikiran simple, kami ikut mana yang baik. yang karut tu kami tolak.

so, anwar ibrahim kami tak terima kamu sebagai pemimpin negara. kami ada ramai lagi pemimpin bijak untuk memimpin negeri kami. bukannya konco-konco kamu yang buta mengenai sarawak. sekarang kamu sudah pandai bercakap bahasa pelbagai. cina india iban kadazan semua kamu pandai. patutlah lidah pun dan berbelit-belit. dah namanya PEMBELIT...

Friday, September 12, 2008

renungan...

“I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.” - Voltaire