Thursday, October 09, 2008

SIAPA GILA KUASA?

Salam Perpaduan...
Perdana Menteri sudah membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan tertinggi UMNO sebagai Presiden parti dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno Mac depan.
Kalau dulu kita sedih dengan pengumuman Tun Dr. Mahathir, kini terasa pula dengan Pak Lah. Jelas sudah Pak Lah tidak mementingkan jawatan malah demi menjaga perpaduan di kalangan ahli parti juga rakyat keseluruhannya.
Teringat saya dengan kenyataan Nik Aziz, apabila Tun M masih mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau menyifatkan Tun M sebagai gila kuasa dan mahu berkuasa hingga mati.
Nik Aziz juga sudah lama memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Bila lagi nak mencontohi Tun M dan Pak Lah? Tun M kata, baik berenti makan ketika makanan itu sangat sedap diratah. Jangan dihambat sekaligus makanan selagi mahu. Nabi Muhammad pesan lama dah, berhenti makan sebelum kenyang.
Kini Nik Aziz tengah berselera dengan "makanan" mewah. Jangan sampai makanan itu menjadi racun kepada kesihatan diri.
Nik Aziz mungkin tidak membaca tulisan saya, tapi saya berhak memberi pandangan peribadi yang jumud ini.
Nik Aziz, sudah-sudahlah berlahap ketika ini. BERHENTILAH... Pada fikiran saya, Nik Aziz sekarang sudah nyanyuk, orang tua. Lebih-lebih lagi, bila "makanan" mewah pada PRU-12 yang lalu dia dapat macam durian runtuh.
Maka Nik Aziz makin celupar, cakap pun tidak betul. Mana tidaknya, dalam mulut penuh dengan makanan. Ditambah pula ramai tukang suap kiti dan kanan, luar dan dalam.
Nik Aziz bukan nabi... BERHENILAH... SUDAH-SUDAHLAH...
SALAM...

No comments: